Followers

Tuesday, 20 March 2012

Dibelenggu rasa bersalah

Alhamdulillah wa syukru lillah..diri ini masih diberi peluang untuk terus menghirup oksigenNya,dipinjamkan hati untuk menilai dan juga dianugerahkan kekuatan untuk bertahan dalam apa jua cabaran dan dugaan...^)^

Situasi 1 :
'Tak bertudung.Ada terdetik sekali sekala di hati kecil ini nak bertudung.Arghh tapelah tunggulah dah ready n hidayah dating dululah..takpun nanti kelas islamic study baru la pakai tudung.Takpun tunggu rambut dah putih dulu lah.Terdetik dihati nak pakai tudung labuh,tapi nnti org gelar ustazah plak dah la tak alim mane punn.Mak aku,kakak,cikgu pun tak pakai tudung rilex je'

Situasi 2 :
 'Biasa melewat-lewatkan solat. Pernah teringin nak solat awal. Bila masuk waktu, terlupa sudah keinginan itu dan diabaikan terus. Makin lama makin lewat. Tiba-tiba tertinggal solat. Ohh tapelah Qada” je la..nanti kat rumah boleh solat lg selesa,tenang aman damai.Kalau guna telekung sndiri baru lah khusyuk solat..Takpun,ala aku ada kelas la,aku ada kerja la,aku ada meeting la,ala tak habis shopping lg la..mcm mana nk solat ikut waktu ni?

Situasi 3 :
 'Aku tak solat.Nampak kwan solat ada keinginan untuk solat.Tapi tak reti.Ehh tapi keluarga aku pun tak solat. Jadi tape lah kan? Nanti-nantilah fikir dunia kan belum kiamat lagi..rilex dulu..malu la org tahu aku tak pandai solat nnti org gelakkan.Pas2 buat ape nak nak tunggang tonggek segala bagai padahal ape yang aku baca pun aku tak faham,malah tak hafal pun..ayah aku pun solat tidak,semayang jumaat lagi laaa'

Situasi 4 :
'Keluar dengan kekasih hati. Saling berpegangan tangan.Balik rumah perasaan bersalah menerjah-nerjah.Ala pegang tangan je pun..Pas2 ada plak,aku ni dulu skolah agama tapi tetap hanyut dalam dunia percintaan yang melalaikan.Aku lupa semuanya..lost totally lost!'

Situasi 5 :
'Aku buat kerja HARAM,akhlak tak senonoh..haisyy Sampai bila aku nak macam ni kan kan kan kan kan???Aku nak bertaubat tapi aku tak tahu taubat aku tu diterima atau tak pasal aku  ni jahil bebenor.Nak insaf tapi takut kna umpat,kna keji ngn org sekeliling pulak dah...'

Pernah tak ada perasaan dibelenggu serba bersalah jika terlanggar suruhan Allah?Atau sengaja langgar suruhan?Ada tak seperti suatu bisikan yang buat kita rasa berdosa je dengan kelakuan kita.Benda tu kita tahu asal nya memang salah dan HARAM, tetapi kerana ikutan hawa nafsu kita lakukan juga.PERASAAN ini seolah-olah desakan untuk berubah,namun ada sesuatu yang menghalang kita.PERNAH tak rasa mcm ni?jangan cakap tak pernah plak..ye la al maklum hidayah tak sampai lg kan?Habis tu kalau nak tunggu hidayah datang..kalau hidayah datang time ajal dah mnjemput baik tak payah kan?tp kira ok la gak tu kalau smpat hidayah dtg beberapa minit,beberapa saat  sebelum ajal kan?skjpnya nak bertaubat…nak bertaubat just beberapa minit dan saat je ke???

Bila dibelenggu rasa bersalah itu bermaksud masih ada cebisan iman dalam diri.Jadi sebab itu tak boleh diabaikan rasa bersalah itu, takut hilang terus iman tu.Kehadiran bisikan untuk tingkatkan semula IMAN itu jangan sesekali diabaikan. Iman kan turun naik.Masa dia tengah turun kerana kita buat dosa tu lah kita mula rasa bersalah, berdosa, jijik, hina dan seangkatan dengannya. Oleh itu, apabila kita tidak abaikan PERASAAN itu, kita akan cuba berubah mengikit kehendak PERASAAN agar keimanan kita dapat ditingkatkan lagi, InsyaAllah. Kalau diabaikan maka makin turunlah ia sehingga mungkin mencapai 0.

Jika ada perkara yang kita rasa WAJIB untuk kita tinggalkan, jadi jangan berlengah lagi. PERASAAN untuk berubah itu haruslah dihargai. Jangan sampai Allah tarik semula perasaan itu.Perasaan dibelenggu rasa bersalah ni petunjuk dari Allah untuk hambaNya..so terpulang la kepada saya,atau korang2 sume sama ada nak amik berat pasal feeling tu ataupun abaikan je kan?Think,think n think!!!

Sering kita dengar perkara ini berlaku ZAMAN SEKARANG ni dimana bubapanya alim, tapi anaknya bermasalah...begitu juga sebaliknya anak alim tapi ibubapanya bermasalah.Ingatlah..Walaupun ibu ayah seorang alim ulama,belum tentunya anaknya alim kerana Iman Tidak Dapat Diwarisi..Tetiba tergiang-ngiang lirik lagu Iman Mutiara by Raihan..Keimanan dapat membentuk peribadi seseorang.Secara automatik,tingkah laku,adat bercakap,adat pergaulan,solat dan segala bentuk berkaitan dengan syariat Allah,Insya Allah dapat dijaga kerana Iman yang mengawal kita..Sekian,wassalam...

credit to Merah^_^
  









5 comments:

arzman angah said...

follow,,,:)
http://hazman-arzman93.blogspot.com/

nenek said...

sentiasa topup kan iman dan ingat Allah,insyaallah dijauhkan bende2 cam tu,amin :)

Khairul Rahman said...

sesungguhnya saya seorang yang penuh dengan dosa :(

Jom kunjungi Entri Terbaru saya Wanita Bertudung Itu Cantik

Azmi Khan said...

sekira terdetik @ terniat untuk melakukan sesuatu kebaikkan sila jgn tangguh lagi. bkn pe takut esk tak sempat nak tunaikan hajat tu.....

Nurrul said...

BETUL3... iman tak dapat dimiliki secara keturunan melainkan kita mencarinya..

*semoga kita semua sentiasa dibawah RedhaNya ! :)*