Followers

Sunday, 25 March 2012

Ben Ashaari ajak berkenalan


Assalamualaikum...
Dengan ini saya adalah blogger baru,tak pernah terlintas difikiran untuk mencoret lakaran kehidupan peribadi di sini.Sesungguhnya apa sahaja yang terlakar disini adalah berdasarkan pengalaman,pendapat mahupun dari sisi sudut pandang saya sendiri.Takpun pengalaman-pengalaman orang lain yang lebih berpengalaman dari saya sendiri.Jika ada lakaran yang tercoret disini adalah lakaran yang mengaibkan diri saya sendiri  mahupun aib insan lain,biarlah ia nya menjadi satu pengajaran..bukan nya saya sengaja mahu membuka aib diri sendiri ataupun insan lain ok.Sesungguhnya akan berusaha untuk tidak membuka aib diri sendiri mahu pun orang lain.

Dengan ada nya lakaran disini,sekiranya masih tertulis disini..diharap ia nya dapat memberi manfaat kepada orang-orang walaupun tidak memberi sumbangan apa-apa pun.Terdetik dihati ini untuk mula serius dalam blog kerana mahu menyedarkan mereka-mereka diluar sana terutamanya kepada kaum Hawa.Ini telah mendapat persetujuan sahabat-sahabat.Sahabat berkata sesungguh nya bantu lah..sebar kan segala ilmu mahupun pengalaman agar-agar orang diluar sana membuka mata tentang ertinya nikmat sihat.Jika terlambat,tidak ada guna nya untuk menyesali ape yang terjadi.Saya disini tidak mahu mereka-mereka diluar sana menyesal seperti saya.Saya disini bukan lah seorang penulis mahupun seorang pengarang..tapi saya hanya lah seorang pelajar Medical Laboratory Tech yang tidak mempunyai apa-apa pun.Saya hanya lah insan biasa yang sekarang ni tengah diuji oleh pelbagai ujian.

Kewujudan lakaran ini mungkin tidak diketahui oleh semua orang.Mungkin lakaran ini hnya disedari oleh group-group blogger yang tidak mengenali diri ini sedekat-dekat nya atau pun hnya diketahui oleh sahabat-sahabat yang menyokong sahaja.Bukan tidak mahu diketahui oleh semua.Tapi biarlah tidak ada sesiapa pun tahu termasuk teman dekat dengan niat saya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.Jika ada pun biarlah saya diberikan kekuatan untuk melaksana kan nya dialam realiti..sebelum itu,berilah saya peluang untuk berkongsi dialam blog ini sebagai langkah permulaan.Mungkin dengan cara ini,saya tidak berasa agak segan untuk berkongsi.

Sesungguhnya saya tidak mahu kan simpati ataupun belas kasihan,Cukup lah hnya dorongan dan doa yang saya perlukan.Sesungguh nya ramai lagi insan dekat luar sana yang bernasib malang tapi tidak mampu berkongsi nasib mereka dengan kita semua.Jika sudah tidak ada lakaran disini,anggap lah ia sebagai kenangan.^_^

p/s:Biarlah berbicara dari hati ke hati.Moga mampu menusuk ke hati..hehe^_^

6 comments:

kai said...

salam perkenalan dari kai...
;)

cik nisa said...

salam perkenalan...dari segmen yang sama..:))

ezzard ruzlan said...

http://ezzardesire.blogspot.com/ salam.. from the same segment

nawzi said...

salam kenalan

Nurul Akmal said...

Salam perkenalan... Dari segmen yg sama... :-)

http://ciknurulsiezuka.blogspot.com/2012/03/ben-ashaari-ajak-berkenalan.htmls

QasehSuci said...

just found u from ben ashaari...nice blog. visit mine too