Followers

Tuesday, 28 February 2012

Jangan pernah takut



ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.


Belajar lah melepaskan seseorang itu jika kita merasa diri nya membuatkan kita melakukan zina hati.Walaupun kita bukan lah bercouple bersentuh tangan atau keluar berdua-duaan dengan si dia...Zina hati ini boleh terjadi melalui telefon,ym,sms,e-mail,fb,skype dan sebagainya.

Zina hati bukan sahaja berlaku terhadap pasangan yang bercinta  tetapi juga boleh berlaku apabila kita terlebih mengagumi orang yang kita minat..Kita akan sentiasa memandangnya, atau jika tidak memandang nya,tak payah pergi jauh la kan...melalui telefon contohnya, maka kita akan sentiasa merindui suaranya, bila bersembang,kadangkala kita sengaja berlebih-lebihan dalam berbicara, atau kemungkinan kita akan sengaja melembut-lembutkan suara kita dengan kelembutan yang ganjil bila berbicara dengannya.

Semua ini, menganggu hati. Walaupun teknik bertelefon, bersms, beremail, berYM itu tidak bertemu wajah bersentuh tangan, tetapi hati tetap terganggu. Dan kemungkinan kita, sebelum tidur akan terbayang-bayang terlebih dahulu wajah si dia.

Akibatnya,fokus kita untuk melakukan kerja-kerja lain pun akan terganggu. Malah berkemungkinan, kita akan mengingatinya walaupun waktu solat.Lebih teruk lagi, kita akan lalai,bertelefon,bersms, beremail, berYM hingga membazir wang dan masa.Ya,Allah jahilnya diri ini...


Allah S.W.T mengarahkan kita supaya jangan mendekati zina.Maksudnya,nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat.Mencegah lebih baik daripada merawat.Mari muhasabah diri^_^

p/s:Ikhlaskan hati apa ada nya..cukup lah dalam diam

8 comments:

PotiaCasaDelarossa said...

semakin canggih teknologi makin byk zina... melihat sesuatu yg x baik juga dipanggil zina kan???

Anonymous said...

semoga terus beristiqamah dlm melakukan kebaikan..

=)

melawat dari http://kalampatah.blogspot.com/

Romeo said...

Tengok balik maksud zina tu.. orang perempuan ni susah sikit. teknologi tak pernah salah. penyalahgunaan pun bergantung pada jenis teknologi. rasanya teknologi quadcopter n lain-lain x pernah ada sumbangan dlm zina ni.. hahah. jgn berpandangan jumud sgt.

Fadzmie Mohamad said...

Zina mata tu yang susah nak elak. Bukan tak boleh, tapi macam susah. Biasalah kalau dalam alam maya ni. Merata-rata gambar yang boleh buat zina mata.

Fz27 said...

moga kita lebih tabah menghadapi ujian.. sering la berdoa kepada Allah diberikan kekuatan bagi menghadapi ujian sebegini

hafizudin said...

kalau mendekati yuna?

(bergurau.)

KaiZeN said...

sedang berusaha..doakan ak berjaya..

ridoma said...

Selalulah ke surau atau masjid untuk sentiasa mendapat peringatan.

Selaku manusia kita secara fitrahnya mmg memerlukan peringatan sebagai vitamn tmbahan roh.

Insha Allah kita juga akan dapat berkongsi aura daripada org2 yang baik ketika d'tmpat ibadah yg boleh menjadikan kita lebih tenang.