Followers

Tuesday, 27 December 2011

"Eleh, sakit sikit jer ni. Kejap lagi baiklah."


Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.Betul tak?hehe.Lepas tu mula la tak dapat terima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.Ape tu gejala?ok pernah tgok poster2 dari kementerian kesihatan tak?ermmm dalam bahasa inggeris nya sign and symptoms.Korang mesti konfius kan ape beza sign and simptoms..nnti aku bagitahu kat next entry ok.

Errmm nmpak tak gambar tu?tu gambar buah pinggang okeyh..ok nak bagi peringatan,entry ni tak da kna mgena ngan sape2..hehe gedik lah ko Nolly..Peace!!!!...aku saja je nak menggedik kat sini..Aku kan gedik..huhu..

Function:
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yangtidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing. 

Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Kebanyakan kita memang tak perasan jika menghidapi sesuatu penyakit. Terutamanya pada peringkat awal. Sering beranggapan yang ia hanyalah sakit biasa saja. Ataupun memang memandang remeh akan hal tersebut kan?Sama la ngan aku..hoho sume anggap simple..haha.Korang ada mengalami tanda2 dibawah tak?


Bengkak Badan
Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.

Demam
Mengalami demam yang berulang. Contohnya demam beberapa kali dalam seminggu.

Gatal-gatal Badan
Sekiranya seluruh badan mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.Bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam.

Hilang Selera Makan
Selera hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.

Kerap Buang Air Kecil
Kerap buang air kecil di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil dan darah keluar bersama-sama air kencing. 

Mudah Letih
Terasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.

Sakit Pinggang
Terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

Sekiranya anda sedang mengalami memana tanda di atas,cepat2 lah risau okeyh..Ni bukan nak bagi korang takut..
Mudah-mudahan sedikit sebanyak ia dapat membantu.Insyaallah..ingat nnti nak update pasal kidney stone pulak..




   

3 comments:

nor_aini92 said...

nolly ke sir mathan ni??
hahaha

nollyfyenee said...

kuang asam

Syahmi said...

thanks sentiasa mengingatkan!