Followers

Thursday, 10 November 2011

Scoliosis

Salam...ini sambungan entry  yang sebelum ini okeyh at realiti hidup.

Scoliosis...pernah dengar tak term yang aneh ni?hmm aku rasa ramai lagi yang tak tahu pasal term ni kan?sebab tu aku nak bagitahu..memang la aku bukan doktor tapi aku student je dan rasa nya aku ada kewajipan untuk bagitahu daripada aku senyap je kan?sebab aku rasa kalau aku terus dengan kesenyapan aku je sementara kat luar sana tu ada lagi orang-orang yang senasib ngan aku macam mane?kesian kan?sedih kan?lagipun penyakit ni orang memang tak anggap serius sangat pun sama macam aku tapi sebenarnya kena amik serius ok...

Maksud scoliosis:

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga berpusing.Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.

Tanda-tanda scoliosis
--> Ribs kelihatan tinggi sebelah apabila  membongkok

--> Kedudukan tulang punggung dan bahu yang tidak sama

--> Kehilangan beberapa inci dari ketinggian asal

--> Bonggol di sebelah rusuk dan/atau tulang bahu yang lebih ketara berbanding dengan yang sebelah lagi

--> Sakit dada dan kesukaran bernafas

--> Masalah pencernaan

--> Tindak balas saraf yang agak perlahan

--> Kebas anggota badan

--> Sakit belakang yang luar biasa

--> Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.

--> Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya

--> Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki

--> Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas

-- > Bahaya dan akan  lumpuh kesan dari kecederaan saraf tunjang dan apabila dibiarkan berlarutan pesakit akan mati mengejut berpunca dari kegagalan paru-paru dan jantung
Jenis-jenis scoliosis
-->Functional
Pada jenis scoliosis ini,keadaan tulang belakang adalah normal,namun suatu lekukan abnormal berkembang di dalam tubuh.

-- >Neuromuscular
Pada jenis scoliosis ini,ada beberapa masalah ketika tulang belakang terbentuk. Samada tulang belakang gagal untuk membentuk sepenuhnya atau gagal untuk berpisah antara satu dengan lain. Biasanya jenis penyakit scoliosis ini berkembang kepada pesakit semenjak kelahiran, penyakit otot (muscular dystrophy) atau cerebral palsy. Jika tulang belakang membengkok ketika dilahirkan dilahirkan, ia disebut sebagai congenital.

-->Degenerative
Biasanya degenerative scoliosis terjadi kepada orang dewasa yang lebih tua. Ia disebabkan oleh perubahan-perubahan pada tulang belakang yang disebabkan oleh penyakit arthritis.
Rawatan
Kos perubatan agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plat & kabel, ditambah lagi ia adalah sejenis pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini dengan jaya nya.Rawatan di hospital kerajaan adalah di antara RM 15,000-25,000  ke atas bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 ke atas tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital.
--> Exercise,training dan terapi(Physical Therapy,Occupational Therapy,Chiropractic or Osteopathic Therapy)
or klik at

kena rajin buat rawatan susulan walaupun membosankan.


-->Ubat sapu

--> Pakai braces,EDF cast
Sangat menyakitkan dan pergerakan amat terbatas.



--> Pembedahan.
Bnyak risiko terdedah kepada jangkitan, pendarahan & juga komplikasi anesthetic(bius).Selain itu wujudnya darah beku di paru-paru & kecederaan saraf tunjang juga boleh berlaku.Risiko terakhir melibatkan pembedahan ulangan terpaksa dilakukan seperti:

-->Pseudoarthrosis(percantuman tulang yang tidak sembuh sepeti yang sepatutnya)
-->Bengkok tidak berkurangan(bagi kes yang menggunakan Harrigton Rod Instrumentation)
-->Instrument (skru/plat) patah ataupun longgar.
-->Jangkitan dan/atau kesakitan pada graf tulang


Ni just nak berkongsi je..memang tak kan ada sape-sape nak baca pun.Tak kisah la pun kan.Tapi janganlah kita nak buat endah tak endah aje.betul tak?Girls plissh la kena allert..jangan jadi macam mereka2 yg terlambat untuk tahu macam aku ni.Rasa-rasa nya la kot dah nak dekat 4 tahun maybe la.So jangan biar ia melarat sampai bertahun-tahun ok.Tindakan pencegahan perlu diambil sebelum penyakit lebih melarat dan jangan menyesal sebelum terlambat.Kita tak tahu siapa lagi yang akan mengalami masalah seperti ini. Setiap orang mempunyai masalah, setiap orang akan merasakan masalah sendiri lebih besar dari orang lain, setiap orang juga akan merasakan tiada orang dapat memahami masalah yang di hadapi tapi hanya golongan senasib akan faham ok?
Lgipun sakit saraf memang mengambil masa yang lama untuk pulih. Mungkin makan masa bertahun2.So,pesakit memerlukan sokongan daripada family dan juga keluarga tersayang,sokongan pakar-pakar,orang sekeliling perlu bantu pesakit untuk meluahkan perasaan jangan tambahkan kemurungan dalam diri pesakit.Terima golongan ini seadanya mereka tak cacat cuma kekurangan sahaja ok masyarakat kat luar sana tak payah nak jadi perfect sangat la.Aku tak boleh lupakan sampai kering air mata bila dengar berita ni al-fatihah adik nurul atikah bazilah and harapan adik nurul atikah bazilah

P/S:Insyallah akan publishkan "satelite kisahku" in next post..T__T
P/S:Kalau dah dapat info,tolong la share2 terutama nya pada girls-girls kat luar sana sebelum terlambat..
P/S:Ini dipublishkn setelah sekian lama didraft..hope jangan salah faham dan entry ini ditulis bukan untuk minta simpati tapi ditaip untuk berbicara dari hati ke hati.Moga menusuk ke hati.

Salam muhibbah n salam sayang,
Si Gadis Amnesia92-jangan panggil aku lollipop sebab aku tak sesweet lollipop^_^





26 comments:

Ainismaira said...

tq sbb share benda ni :)
kdg2 rasa sedih bila kita ckp kita sakit org xpercaya.. yg ketawa pn ada..
sebab realitinya, orang xnampak kecacatan pda tulang tu..
memang la kan, sebab tulang bukan di luar badan..
mungkin sebab ramai yang tak tau pasal penyakit ni..
at least dgn info ini, mungkin ramai akan bukak mata..

terima kasih ye.. ^^,

nollyfyenee said...

hmm sama2..ye mmg btul tu kadang2 ada yg tak kan pcaya.Mungkin ingat ni bnda main2..even parents pun kadang2 endah tak endah..Tapi sakit nya kita yg tanggung..^_^

AdaNaz87 said...

thanks for the info. ni ke yang orang cakap bongkok sabut ek?

Fadz_ianah said...

sya pun ada scoliosis gak...detect mase Form 1...oprate thun ni, 2011...january...
ni blog sya

http://vir-fadz96.blogspot.com

nollyfyenee said...

hmm adk Fadz,hmm alhmdulillah la adik dpat detect awl..huhu macam akak ni dah kira kes lambat dah..operation pun beribu-ribu tak ada duit la nak buat..nak stop blaja sayang pulak..akak mmg down giler2 larh..^_^

nollyfyenee said...

AdaNaz,tak sure la..hihi

Lia Irdelia said...

takotnyer bila baca..

salu gak sakit blakang..
sekejap jerk dah rasa lenguh2..
camner nak tau erk..
huhu..

✿ Milly Molly ✿ said...

wow! thanx for sharing. be strong k dear. everything happened for a reason :)

I pn ade selalu sakit pinggang but always assume it like "duduk lame dats why sakit kott.."

got to go for a check I guess. u take care ye ^^

jaa64 said...

bahaya jugak kan, hurm

iEyNa_AmirinA said...

infarmasi pntg bt girl2 kt lua...salu amek x ksh bnda nie..but now i know its important thing people should know.....thankss 4 sharing...

Rafidah B. said...

salam/hi.. nice entry. btw, we are in the same boat. saya pon ada scoliosis. dapat detect tahun 2009. last saya check september hari tu, Dr kata tak ada perubahan. Tapi yg peliknya, sekarang ni rasa mcm makin sakit. lagi2 bila lepas buat exercise..

nollyfyenee said...

hmm yes..doktor mmg akan cakap macam tu...same with me gak i dah pnat gi follow up..x tray smpai berkali2 tapi tetap truk gak angle nye..yes,mmg sakit sangat i tak boleh duduk n berdiri lama2 sangat

LadyBird said...

anda tak keseorangan :)..

jgn give up..

tp kan.. risiko pembedahan amat tinggi..

tulang belakang terlalu sensitif.. hanya kesilapan yg kecil boleh menyebabkan saraf rosak dan boleh menyebabkan lumpuh..

jaga posteur tubuh.. jgn angkat benda berat.. pastikan tidur dalam keadaan lurus dan stabil.. cube balancekan penggunaan anggota badan..

yg penting jagakan pemakanan.. ambik makanan yg kaya dengan kalsium..

Muka Bosan said...

saya mengalami masalah ini.

milasharmila said...

skrg nie, byk yg x amik kisah klu stakat sakit tulang.. rupa2 nya sakit tulang nie pown serius jugak kan.. huhu thanks for the information..

Tara Asrar (NEW) said...

Deep Rub! bila saya ada asthma mama saya selalu sapu tu.. baru lega :)

Nurul Mazni Sawal said...

kuatkan semangat keyh.. insya allah setiap sakit ade ubatnya kecuali mati..

Dr Hafiz said...

Assalamualaikum dan salam perkenalan adik Noli, saya faham perasaan adik yang mengidap penyakit ini... namun jika adik sudi sila singgah ke blog saya melalui link di bawah ini kerana ianya mungkin dapat membantu adik.

Saya sekadar berkongsi..

http://haidoctorhafiz.blogspot.com/p/premium-beautiful.html

shiema sufian said...

takutnyaaaa. tapi ape penyebabnye ye ?

NOOR FATIN said...

terima kasih atas perkongsian. saya pun xberapa tahu hal ni. skrg dah tau.. insyallah, jaga diri baik2 ya.. :)

KyLe Al-Yamani said...

very good info! ;D

KyLe Al-Yamani said...

very good info! :D

Ana Farhana said...

emm.. sllu skit tulang :(

acan ketot said...

how's ur condition skang??
semoge cpt sembuh k...

Jejaka Terhangat said...

woah..mksdnya cara nak elakkannya scoliosis, sama la mcm cara kita nak elakkan osteoporosis yek?

Asnisha Binti Samsudin said...

dulu kat tempat kj anys ada dua orang belakang badan dia besar sebelah . dekat2 dgn bahu . dua2 cina . tapi anys taktau kenape . hii . ada kene mengena dgn entry nih ke ??