Followers

Saturday, 5 November 2011

Rules of life




Salam..Hati kita pasti terusik apabila sesuatu yang kita idamkan termakbul tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang termakbul.Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.Tenang sayang,hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam.Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula.Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.Kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!



No comments: