Followers

Wednesday, 28 March 2012

Remaja dan Cinta


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Before masuk u…

Mama:Kak,nanti bila dah masuk u..cari la calon-calon lelaki yang elok.Belajar pandai-pandai.Dapat kerja bagus pastu kawin.Berkawan juga ngan lelaki tapi jaga batas jgn sombong sangat.Mama risau la nak lepaskan kakak kalau sakit mama juga yang susah nnti lagi-lagi dah jauh ni.(risau)
Me:Hmm ye la ma..Ma,papa bagi ke kalau skang ni(dekat u)berkawan ngn lelaki untuk cari calon?(serius)
Mama:Mesti la bagi..dulu kalau papa bisinig-bising pasal lelaki tu..Tu tanda nya dia sayang.
Me:Betul ke mama?(tak percaya)
Mama:Iye..tapi dengan syarat kalau keluar dengan lelaki jgn keluar berdua-duaan.Jgn keluar malam-malam.Bagitahu nak keluar gi mana,kalau lelaki sape nama nya.Janji nak pulang kan anak dara org pukul bape n bla bla bla….
Me:Detail nye..
Mama: Ye la nanti senang kami cari kalau berlaku apa-apa.Kawin kan je terus.
Me:Haisyy ke situ plak mama ni.Ok,janji!!!

After masuk u..

Me:Lelaki kat u skang ni macam ape entah ma.Muka je nmpak suci macam ustaz tp perangai..hnya Tuhan je yang tahu.(geram)
Mama:Aikkk?Baru jumpa lelaki macam tu dah patah semangat.
Me:Bukan la ma,dulu mama suh cari kat u.Skang tgah searching kat u tp mcm hampheh je prangai.(kecewa)
Mama:Kak,tak semua lelaki macam tu..pasti ada yang elok punya.Kalau lambat kawin nanti susah.Nanti bila dah kawin mama boleh jaga cucu je kat rumah.
Me:Maaaa..eeeii mama ni pandai-pandai je.(senyum

Cinta  cinta dan cinta..Asyik asyik cinta.Remaja memang tak kan lari dari topik ni.Jujur saya kata kan cinta pada zaman sekarang ini sudah menjadikan seseorang  bertindak diluar kawalan.Saya juga remaja seperti manusia lain.Bercakap pasal cinta terus mulutku akan terkunci rapat-rapat.Bukan bermakna mahu menafikan perasaan yang wujud  tetapi perasaan itu adalah fitrah.Bila org cakap pasal cinta mesti diri ini akan berundur bertapak-tapak ke belakang.Terlalu kolot yaaa amat pasal cinta.Terlampau naif mungkin.Tapi ini bukan isu naïf ataupun tidak.Tapi tak bermakna terlalu naïf tak punya sedikit pun perasaan kan?

Begitu berat dugaan yang dihadapi apabila dikelilingi oleh manusia-manusia yang mengamalkan budaya coupling ni.Pernah dikatakan tak matang,kolot,tak laku,jual mahal,bodoh,kejam.Lebih kejam lagi apabila dikatakan ketinggalan zaman.Tapi sehingga detik ini alhamdulillah diri ini mampu mengawal diri dengan tidak menjadikan coupling sebagai satu cita-cita dalam hidup.Begitu ramai manusia disisiku telah terlanjur menjerat diri ke lembah kehinaan iaitu maksiat.Nauzubillah min zalik.

Kadang kala aku merasa begitu hairan dengan mentaliti pemikiran orang-orang kita ni.Adakah budaya coupling ni merupakan satu tradisi?Apabila seorang perempuan kawin lambat katanya jual mahal.Tapi bukan ke jodoh tu ditangan Tuhan?Kalau lambat,lambat lah..kalau cepat,cepat lah.Pastu sesiapa yang tak da girlfrens atau boyfrens terus-terus je dicop tak laku la,tak ada org minat la,tak menarik la,tak hensem or cantik la..paling teruk adalah diketawakan.Lebih teruk terus terus je dicop tak bersifat terbuka..berfikiran sempit.Apabila mereka–mereka yang tidak terjebak dengan budaya coupling ni beri teguran,orang mengata pengalaman bercinta tak boleh dibeli.Memang pengalaman bercinta tak boleh dibeli tapi tak ada salah nya kan menerima teguran orang-orang yang tak terjebak dengan budaya coupling ni?Hello guys open your eyes..apabila korg dah terjebak dengan budaya ni sume benda nampak indah ok.Sebelum couple pun nampak indah apatah lagi bila dah couple lagi berlipat ganda la keindahan yang sementara tu.Sekian,wassalam.

p/s:Remaja dan Cinta tak dapat dipisahkan.Pendapat anda pula bagaimana?

Contest Remaja dan Cinta anjuran Muazfaris.com ditaja bersama oleh Thaiyibah.com












Read more...

Sunday, 25 March 2012

Ben Ashaari ajak berkenalan


Assalamualaikum...
Dengan ini saya adalah blogger baru,tak pernah terlintas difikiran untuk mencoret lakaran kehidupan peribadi di sini.Sesungguhnya apa sahaja yang terlakar disini adalah berdasarkan pengalaman,pendapat mahupun dari sisi sudut pandang saya sendiri.Takpun pengalaman-pengalaman orang lain yang lebih berpengalaman dari saya sendiri.Jika ada lakaran yang tercoret disini adalah lakaran yang mengaibkan diri saya sendiri  mahupun aib insan lain,biarlah ia nya menjadi satu pengajaran..bukan nya saya sengaja mahu membuka aib diri sendiri ataupun insan lain ok.Sesungguhnya akan berusaha untuk tidak membuka aib diri sendiri mahu pun orang lain.

Dengan ada nya lakaran disini,sekiranya masih tertulis disini..diharap ia nya dapat memberi manfaat kepada orang-orang walaupun tidak memberi sumbangan apa-apa pun.Terdetik dihati ini untuk mula serius dalam blog kerana mahu menyedarkan mereka-mereka diluar sana terutamanya kepada kaum Hawa.Ini telah mendapat persetujuan sahabat-sahabat.Sahabat berkata sesungguh nya bantu lah..sebar kan segala ilmu mahupun pengalaman agar-agar orang diluar sana membuka mata tentang ertinya nikmat sihat.Jika terlambat,tidak ada guna nya untuk menyesali ape yang terjadi.Saya disini tidak mahu mereka-mereka diluar sana menyesal seperti saya.Saya disini bukan lah seorang penulis mahupun seorang pengarang..tapi saya hanya lah seorang pelajar Medical Laboratory Tech yang tidak mempunyai apa-apa pun.Saya hanya lah insan biasa yang sekarang ni tengah diuji oleh pelbagai ujian.

Kewujudan lakaran ini mungkin tidak diketahui oleh semua orang.Mungkin lakaran ini hnya disedari oleh group-group blogger yang tidak mengenali diri ini sedekat-dekat nya atau pun hnya diketahui oleh sahabat-sahabat yang menyokong sahaja.Bukan tidak mahu diketahui oleh semua.Tapi biarlah tidak ada sesiapa pun tahu termasuk teman dekat dengan niat saya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.Jika ada pun biarlah saya diberikan kekuatan untuk melaksana kan nya dialam realiti..sebelum itu,berilah saya peluang untuk berkongsi dialam blog ini sebagai langkah permulaan.Mungkin dengan cara ini,saya tidak berasa agak segan untuk berkongsi.

Sesungguhnya saya tidak mahu kan simpati ataupun belas kasihan,Cukup lah hnya dorongan dan doa yang saya perlukan.Sesungguh nya ramai lagi insan dekat luar sana yang bernasib malang tapi tidak mampu berkongsi nasib mereka dengan kita semua.Jika sudah tidak ada lakaran disini,anggap lah ia sebagai kenangan.^_^

p/s:Biarlah berbicara dari hati ke hati.Moga mampu menusuk ke hati..hehe^_^

Read more...